Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, July 27, 2008

Cintaku Ke Langit Ke 7

“Waktu solat zohor dah tiba. Semua pelajar Islam boleh ke surau”, arah Aisyah. Ada yang bergegas bangun tapi tidak kurang juga yang leka berborak. “Pergilah ke surau. Jadilah tetamu Kekasih awak. Dia sedang menanti doa hamba-hambaNya. Semasa niat solat nanti mulakan dengan sesungguhnya aku solat fardhu zohor 4 rakaat tunai kerana Allah. Buatlah solat dengan bersungguh- sungguh kerana Allah sentiasa bersungguh –sungguh dalam urusannya sepertimana banyak ayat Allah bermula dengan perkataan sesungguhnya”.

Pernah seorang pelajar bertanya pada Aisyah bagaimana hendak khusyuk dalam solat. Mudah saja jawapan Aisyah.” Ingatlah Allah sepanjang solat jika tidak mampu mengingat makna ayat. Hadirkan rasa Dia sedang melihat kita dan kita sedang berbicara denganNya. Bawalah solat di luar solat iaitu mengingati Allah tidak putus-putus sebagaimana dalam solat. Solat itu latihan untuk kita mengingati Allah sepanjang masa. Bila kita mencintai seseorang kita selalu ingat dia. Begitu juga bila kita cinta Allah maka kita akan selalu ingat Dia”. Rasulullah sampai ke langit ke tujuh untuk menerima perintah mengerjakan solat . Jadi kalau kita bersolat bermakna kita boleh sampai ke langit ke tujuh. Begitulah istimewanya umat Muhammad dan kasihnya Muhammad pada kita. Baginda mahu kita jadi umat yang sangat dikasihi Allah sepertinya.

“Cikgu cinta Allah?”, pelajar itu bertanya lagi. Aisyah tersenyum penuh makna. Tidak tahu bagaimana hendak Aisyah jelaskan cintanya yang terlalu tinggi pada Sang Kekasih .Setiap saat dalam kerinduan. Pelajar itu menanti jawapan Aisyah dengan debaran. Senyum gurunya memang seperti orang bercinta. Penuh makna. “Tak dapat saya gambarkan cinta saya pada Allah. Setiap apa yang saya pandang di situ ada Allah. Setiap turun naik nafas saya di situ disebut nama Allah. Saya syukuri setiap nikmat yang saya dapat dan saya anggap usikan pada setiap ujian yang datang. Setiap apa yang saya lakukan saya minta petunjuk dariNya kerana saya tak mahu Dia terluka dan murka kerana perbuatan saya. Saya serahkan diri saya kepadaNya. Saya berharap setiap lisan dan amal saya berlaku atas kehendak dan izinNya. Allah berfirman jika hati kita mengingatiNya, Dia juga mengingati kita di hatiNya.

Pada waktu lapang, Aisyah mengisi masa dengan membaca buku agama. Buku adalah temannya ketika bersendirian. Hadis nabi ada menyatakan barangsiapa mahukan dunia dan akhirat perlu berilmu. Semasa israk dan mikraj, Rasululullah melihat di dalam neraka ramai orang yang fakir. Bukan fakir harta tetapi ilmu. Ilmu yang perlu dituntut menurut baginda ialah ilmu yang dapat membesarkan keagungan Allah. Malah Rasulullah suka kepada orang yang suka melihat wajah orang-orang yang berilmu lebih dari mereka yang beribadah setahun, berpuasa dan solat malam.

Aisyah teringat pada gurunya Haqisa. Lelaki berusia awal empat puluhan tetapi ilmu yang ada padanya sangat hebat. Sayangnya tidak semua orang boleh menerima ilmu yang dibawanya. Malah ada yang memfitnah dan menghinanya. Biar ribuan manusia tidak menerimanya tetapi bagi Aisyah Haqisa benar. Haqisa pilihan Allah yang diberi hikmah untuk diajar kepada manusia. Seperti yang dinyatakan dalam Al quran surah Al Baqarah ayat 269, Allah menganugerahkan hikmah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Sesiapa yang dianugerahinya hikmah dia benar-benar dianugerahi kurniaan yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakal sahaja yang dapat mengambil pelajaran.
Haqisa pernah bercerita tentang mimpinya yang menyuruh Haqisa menyampaikan kepada seluruh manusia jangan menyebut patung-patung berhala sebagai tuhan. Sebut sahaja berhala atau patung orang India atau Cina. Tugas itu Haqisa belum jalankan kerana Haqisa tidak mampu lagi. Dia akan melakukannya tetapi saatnya belum tiba. Hanya kepada orang-orang terdekat sahaja ilmu itu disampaikan. Haqisa juga boleh mentafsir mimpi. Banyak lagi ilmu Haqisa tetapi hanya yang terpilih dan berakal sahaja yang mahu bersama dan membantu Haqisa. Aisyah sendiri yakin seratus peratus dengan Haqisa. Semenjak mengenalinya, Aisyah dapat merasakan perubahan cara melakukan ibadah. Rasa cinta kepada Allah tidak dapat digambarkan dengan lukisan atau diucapkan dengan perkataan. Menurut Haqisa, dia akan mengajak manusia mengenali dan mencintai Allah. Tugasnya yang pertama melarang manusia syirik kepada Allah.

Aisyah pernah membaca satu hadis tentang manusia yang dikasihi Allah. Dan hendaklah hambaKu bertaqarrub kepadaKu dengan nawafil sehingga Aku mencintainya. Dan apabila Aku mencintainya nescaya menjadilah Aku seolah-olah pendengarannya yang ia mendengar dengannya dan pemandangannya yang ia memandang dengannya dan tangannya yang ia bertindak dengannya dan kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan andaikata ia memohonKu pasti akan Kuberikannya dan andaikata ia berlindung kepadaKu pasti akan Kulindunginya. Begitu hebat kasih Allah melebihi kasih ibu kepada anaknya. Setiap kali merenung hebatnya kasih Allah menitis airmata Aisyah. Hilang rasa kesengsaraan yang ditanggung. Segala nikmat disyukuri segala ujian diterima dengan tabah dan redha. Nabi dalam sabdanya berkata Sungguh menakjubkan keadaan orang mukmin. Sesungguhnya semua keadaannya merupakan kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian itu tidak akan berlaku melainkan ke atas orang mukmin sahaja. Sekiranya dia mendapat kesenangan maka dia bersyukur dan itu baik baginya dan apabila dia mendapat kesusahan dia bersabar dan hal itu baik baginya.

Pada suatu kesempatan, Aisyah dapat bertemu dan berbual panjang dengan Haqisa. Selama ini Aisyah banyak belajar ilmu dari Haqisa melalui telefon sahaja. Pertemuan itu ditemani rakan baru. Jemaah perlu diperbesarkan untuk sebuah jihad yang hebat. Rakan baru yang diperkenalkan pada Haqisa sudi bersama mendengar ilmu dan mencari ruang menginfaq harta untuk perjuangan suci. Aisyah menasihati rakan barunya belajarlah untuk berkorban harta dan nyawa sepertimana pejuang Islam masa lalu kerana perjuangan Islam tidak pernah berhenti. Infaqkan harta dengan penuh keyakinan berpandukan hadis nabi Wahai anak Adam! Habiskanlah harta simpananMu pada jalanKu dan tidak usah bimbang kebakaran atau ketenggelaman atau kecurian nanti akan Aku berikan gantinya pada hari engkau sangat perlukannya. Dalam pertemuan itu Haqisa bercerita tentang menghidupkan Al Quran. Kata Haqisa ramai orang menghafaz, membaca dan mendengar Al Quran tapi amat kurang yang menghidupkannya. Al Quran itu maknawi. Peristiwa di dalamnya adalah peringatan yang akan berulang di zaman ini. Barangsiapa yang mengambil peringatan tidak akan mengulangi peristiwa dalam Al Quran dan tentunya Allah tidak akan turunkan bala ke atas mereka. Manusia hari ini banyak melakukan maksiat seperti homoseksual dan berzina. Aids dan tsunami adalah bala Allah akibat maksiat yang berleluasa Jika manusia berzakat ramai yang susah dapat ditolong dan ekonomi orang Islam dapat dibangunkan. Manusia juga leka berbantah – bantah. Masing-masing menganggap mereka yang terbaik memperjuangkan Islam sehingga terlupa menghayati ajaran Al Quran melarang umatnya berbantah – bantah seperti dalam surah Al Anfal ayat 46 Dan taatlah kepada Allah dan jangan kamu berbantah-bantah, nanti kamu akan lemah(kalah) serta hilang kekuatanmu dan hendaklah kamu bersabar. Sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar.
Dunia ini sudah sangat tua. Kiamat sudah hampir tiba. Al Quran sudah diangkat. Bukan naskhahnya tapi setiap peristiwa dan peringatan yang Allah telah sampaikan dan telah berlaku , ayatnya Allah angkat. Haqisa mengandaikan hanya satu helai Al Quran sahaja yang tinggal iaitu tentang turunnya Nabi Isa as yang masih belum berlaku. Tambah Haqisa lagi barangsiapa yang menghidupkan Al Quran , peringatan itu tidak akan hilang tetapi sesiapa yang setakat membaca dan menghafaz, Al Quran akan hilang dari dadanya. Sempat juga Aisyah bertanya bagaimana hendak mengenali Nabi Isa yang akan muncul pada akhir zaman nanti. Kata Haqisa Nabi Isa akan muncul bersama mukjizatnya. Jika lelaki yang muncul itu nanti memiliki segala mukjizat Nabi Isa maka dialah Nabi Isa.

Setiap hari Aisyah akan menghubungi Haqisa bertanya makna mimpi. Ramai orang berkata mimpi mainan tidur atau datang dari syaitan. Bagi Haqisa pendapat itu salah. Syaitan tidak boleh mengganggu manusia dalam tidur. Haqisa diberi ilmu mentafsir mimpi, dapat mengklasifikasi mimpi kerana letih , pengaruh ingatan kuat pada satu- satu peristiwa atau ada kebenaran pedoman Allah di situ. Kata Haqisa lagi para nabi juga mendapat wahyu dari mimpi. Aisyah ada terbaca hadis menyatakan mimpi orang mukmin pada akhir zaman adalah satu dari empat puluh bahagian kenabian. Aisyah yakin selagi manusia bermimpi pasti ada hamba yang dikurniakan ilmu mentakwil mimpi. Haqisa salah seorang daripadanya. Sesiapa sahaja yang rapat dengan Haqisa akan selalu bermimpi yang sangat mengesankan di hati. Rakan Aisyah mengalaminya. Sejak mengenali Haqisa ,bermimpi adalah harapan kerana di situlah pedoman Tuhan. Satu demi satu mimpi menjadi kenyataan.

Jika Aisyah bermimpi akan sakit, Haqisa akan mendoakan kesihatannya. Doa Haqisa mustajab. Haqisa dan Allah sangat hampir. Aisyah juga ingin hampir dengan Allah seperti Haqisa. Haqisa mengajar Aisyah mengingati Allah pada setiap turun naik nafas. Sejak dari itu Aisyah juga memiliki hikmah. Selain daripada mimpi, Aisyah mendapat ilham dan pedoman melalui gerak hati, pejam mata dan suara. Begitulah apabila hati telah mencintai Allah, kurniaanNya sangat banyak . Ilmu yang Aisyah miliki telahpun dimiliki oleh Haqisa menyebabkan Aisyah sangat yakin kebenaran Haqisa. Haqisalah yang memberi penjelasan tentang setiap pedoman yang Aisyah dapat.

Setiap kali Haqisa kesusahan Aisyah dapat merasakannya. Memang sukar dipercayai hubungan gelombang terjadi antara dia dan Haqisa. Kata Haqisa, nabi dan sahabatnya memiliki anugerah ini. Haqisa jugalah yang membawa wang sedekah Aisyah dan menghulurkan pada sesiapa yang memerlukan. Aisyah hanya memberitahu suaminya wang gajinya dibelanjakan untuk sedekah dan yang menguruskannya ialah Haqisa. Begitulah cara Aisyah menyimpan wang. Aisyah yakin dengan janji Allah seperti nabi bersabda sedekah ialah pemberian yang berganda-ganda dan pemberian dari Allah adalah lebih dari itu. Dalam surah Saba’ ayat 39 pula Allah berfirman Maka apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah sebaik-baik pemberi rezeki. Tiada siapa yang tahu kehebatan Aisyah bersedekah. Hanya Allah dan Haqisa yang tahu. Pagar sekolah menjadi saksi kisah cinta dua insan kepada Tuhan. Setelah dilarang bertemu di kantin kerana terlalu kerap oleh pengetua, Aisyah menunggu Haqisa di luar pagar sekolah. Sedekah tetap berjalan kerana cinta kepada Allah tidak pernah padam. Aisyah tanamkan firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 274 dan surah Al Ankabut ayat 69 sebagai motivasi diri apabila perbuatannya bertemu Haqisa untuk urusan fisabilillah dipandang serong. Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam atau siang hari secara bersembunyi atau terang-terangan maka mereka akan mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak mereka berdukacita. Dalam surah Al Ankabut pula Allah berfirman Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredaan Kami nescaya akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.
Setiap hari Jumaat dan Sabtu yang terluang Aisyah mengambil kesempatan mengunjungi Masjid Selat pada waktu dhuha. Di sana ,Aisyah meluangkan masa sejam dua menunaikan solat tahiyyatul masjid, taubat, dhuha ,hajat dan membaca Al Quran. Haqisa yang mencadangkan Aisyah beribadah di sana kerana suasana persekitaran masjid itu sangat tenang , angin laut yang segar dan deruan ombak yang turut sama bertasbih memuji Tuhan. Haqisa memanggil masjid itu masjid jin.Katanya senibina masjid itu serupa dengan istana Puteri Balqis cuma kecil sedikit. Sengaja Allah memberi ilham kepada arkitek yang melakar bentuknya sebegitu rupa. Sebab itulah jin banyak di sana kerana beranggapan ia istana Puteri Balqis. Jika cuti sekolah panjang Aisyah akan membawa semua anaknya yang pulang dari asrama pergi ke Masjid Selat. Aisyah mahu mengajar mereka mengimarahkan masjid. Aisyah mahu mereka melihat cara Aisyah beribadah. Sekarang anak kecilnya tidak lagi menyoal jika dia menangis di atas sejadah. Sikecil itu tahu ibunya sedang memohon ampun dan rindukan Allah.

Dunia Aisyah hanyalah rumah, sekolah dan masjid. Sesekali menziarahi sanak saudara. Jika tidak ada hal ,Aisyah menghabiskan masa di rumah melayan kerenah anak dan membaca buku – buku agama. Semenjak mendapat berita pedih suaminya menduakannya secara rahsia, Aisyah berusaha merapatkan diri dengan Allah. Berita pedih ini cuba diterima dengan redha dan sabar. Allah hanya ingin menguji keimanannya. Sekadar menyebut nama Allah pada setiap tarikan dan hembusan nafas belum cukup untuk mengukur kekuatan iman. Hati isteri mana yang tidak hancur apabila rumahtangga yang terbina enam belas tahun diganggu orang ketiga tanpa alasan yang kukuh dan melanggar sunnah nabi yang mulia. Aisyah rasa dia telah memenuhi ciri-ciri wanita yang boleh dikahwini Dia mampu melahirkan enam orang anak, ada rumah dan tanah, tidak kurang amalan agama dan rupa. Dia masih sihat dan berupaya membantu suami. Malah selama ini wang gajinya habis membantu suami. Sanak saudara Aisyah terperanjat mendengar berita ini. Paling luka ialah ibunya yang selama ini memuji suaminya lebih daripada menantu lain. Mereka semua berkata ini ujian Aisyah yang wara’. Aisyah tabah malah sebenarnya dia telah lama bersedia menunggu kisah sedih ini berlaku. Allah datangkan berita pedih ini dua kali dalam mimpi. Dalam mimpi pertama Aisyah memarahi suaminya berkahwin lagi kerana dia tidak mampu menjalani kehidupan berpoligami. Mimpi kedua menunjukkan wanita itu menjaga anak-anaknya. Haqisa menafikan mimpi itu akan menjadi nyata tetapi Aisyah yakin. Dia tahu Haqisa cuba merahsiakan kebenaran pedoman Allah kerana tidak mahu Aisyah susah hati.

Sesudah mimpi tentang suaminya akan berkahwin lagi, Aisyah juga bermimpi dia juga akan berkahwin lain. Dalam mimpi itu Aisyah bertemu seorang wali. Wali itu memberitahu Aisyah akan berkahwin lagi. Aisyah berkata kepadanya dia sudah bersuami. Kata wali itu Aisyah akan berkahwin pada masa akan datang. Dalam mimpi yang sama di belakang wali itu ada seorang lelaki tersenyum kepadanya. Mungkin itulah bakal suaminya. Berjurai airmata Aishah ketika menerima berita suaminya berkahwin lagi. Mungkinkah perkahwinan baru suaminya sebagai asbab perpisahan mereka supaya Aisyah dapat ditemukan dengan jodoh yang baru sepertimana mimpinya. Aisyah tidak menduga suaminya akan berkahwin rahsia sedangkan dia amat marah dan menghina rakan-rakannya yang berpoligami secara rahsia. Bertambah munajat Aisyah kepada Allah. Malam bertahajud dan siang berpuasa. Menguatkan iman agar jangan hilang pedoman. Haqisa tidak jemu-jemu menasihati dan memberi ilmu yang dapat mengembalikan semangat Aisyah. Kata Haqisa Aisyah baru hilang sedikit jika dibandingkan dengan isteri pejuang Islam dahulu. Mereka baru bernikah tidak sempat bermesra suami dipanggil ke medan jihad. Bila peperangan tamat berita diterima suami telah syahid . Mohonlah kesabaran daripada Allah. Lihatlah kesabaran Allah menghidupkan sebatang pokok. Dari sebiji benih membesar menjadi anak pokok kemudian dilayukan dan subur semula setelah disirami air. Selepas itu membesar matang mengeluarkan buah, daun diluruhkan dan akhirya mati. Begitu sabar Allah mengaturkan kehidupan sebatang pokok. Bukan sahaja sebatang pokok tetapi setiap ciptaanNya. Sesungguhnya setiap masa Allah dalam kesibukan. Aisyah menangis mendengar kata-kata Haqisa. Disematkan kata-kata keramat itu untuk menyuburkan sabar yang layu dalam diri. Dalam surah Al Baqarah ayat 153 ada menyatakan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Kadang –kadang Allah sengaja menguji seperti yang disebut di dalam hadis , Berfirman Allah kepada para malaikatNya. Pergilah kepada hambaKu siFulan, dan timpakan ke atasnya bala ujian, kerana aku suka mendengar suaranya (doanya).
Sewaktu terlalu menderita dengan perbuatan suami, Aisyah mengalih segala tumpuan kasih kepada Allah. Hanya Allah sahaja yang setia mendengar rintihannya. Setiap malam Aisyah akan melihat langit memuji kebesaran Allah dan kadang – kadang memohon Allah membawanya pergi kerana dunia ini sudah tidak ada nilai apa – apa lagi padanya. Bukan dia putus asa dengan rahmat Allah. Haqisa pernah berkata Allah telah hampir dengannya dan jika ujian itu tidak ditimpakan padanya akan tetap ada ujian lain. Aisyah pernah bermimpi pergi ke syurga berjumpa nenek dan datuknya sedang mencantikkan taman. Aisyah dihidangkan makanan dan melihat aiskrim syurga yang tidak pernah cair. Aisyah juga melihat sebuah mahligai yang sedang dibina. Kata Haqisa itu mahligainya di syurga. Ia dibina dengan amalan dan akan runtuh dengan amalan juga. Jika sudah demikian tempatnya lebih baik pergi menemui Ilahi. Haqisa berkata jangan meminta mati kerana saat indah bercinta dengan Allah terjadi semasa hidup. Kehidupan di akhirat hanya menuai apa yang ditanam semasa hidup.

Kini Haqisapun sudah lama hilang dari hidupnya. Sudah lama tidak mendengar suara apalagi melihat wajah. Kali terakhir Aisyah menerima mesej dari Haqisa memberitahu dia akan menjadi pendiam , ingat Allah dan kerja sahaja. Sejak itu Haqisa terus hilang. Mesej Aisyah tidak pernah dibalas walaupun soalan yang ditanya tentang pedoman yang Aisyah dapat. Biarlah Haqisa dengan dunianya. Haqisa lebih tahu apa yang sedang dibuat dan Aisyah yakin Haqisa tidak pernah melupakannya. Haqisa akan sentiasa mengambil tahu tentang dirinya dari jauh.Walaupun Haqisa tiada, ilmu yang ditinggalkan sangat banyak. Berpandukan ilmu itu Aisyah kuat mengharungi hidup yang penuh luka. Hanya Haqisa sahaja yang memahami deritanya kerana perjalanan hidup Haqisa juga sama. Cinta Haqisa dan Aisyah kepada Allah sama. Selama mereka bersama telefon menjadi penghubung bercerita tentang kebesaran Allah. Hampir setiap malam mendaki langit agar sampailah cinta ke langit ke tujuh. Seperti Aisyah , Haqisa juga dilanda kegagalan rumahtangga. Allah ambil kekayaan dan kehidupan berkeluarga. Allah gantikan dengan kesusahan, penghinaan dan fitnah manusia. Kata Haqisa sengaja Allah berikan itu semua untuk menguji keimanannya. Adakalanya rasa tidak mampu tetapi diharungi juga. Dia bersyukur ditemukan dengan Aisyah. Manusia paling rapat dan memahaminya. Membantunya tanpa jemu tetapi penuh ikhlas. Allah sangat memandang kehebatan Aisyah bersedekah. Haqisa anggap Aisyah kekasih Allah. Kata Haqisa di akhir zaman nanti manusia akan dikumpulkan mengikut nilainya di sisi Allah. Golongan yang mencintai Allah akan berada dalam kelompok yang sama dan yang tidak akan berada di dalam kelompok mereka.

Dan perkara yang paling rahsia, Haqisalah bakal suami yang ditunjukkan dalam mimpi bertemu wali. Aisyah merahsiakannya tetapi Haqisa pernah memberitahu Aisyah akan kahwin lagi dengan lelaki tua tetapi nampak muda. Haqisa memang nampak muda walaupun sudah menghampiri usia empat puluh tahun. Kata Haqisa sesiapa yang banyak membesarkan Allah akan nampak muda. Sebab itulah nabi kelihatan muda daripada usia. Walaupun berita itu seperti berita gembira Aisyah sangat berat menerimanya. Haqisapun selalu berkata dia lebih suka membujang kerana tidak tahu bagaimana hendak menjalani kehidupan dengan wanita lain. Dia bercerai dengan isteripun bukan dengan kerelaannya tapi desakan isteri yang mahu hidup bebas. Haqisa menerima takdir Allah tanpa kesal dan Allah sudah memberi pedoman sejak malam pertama perkahwinannya. Aisyahpun tidak tahu bagaimana memulakan kehidupan dengan orang lain. Aisyah tidak pernah berdendam dengan suaminya walaupun dia diduakan. Ketika kekurangan modal untuk berniaga Aisyah sanggup menjual barang kemasnya. Orang lain dibantu inikan pula suami sendiri. Kalau boleh biarlah hidup mati bersama suami yang ada. Aisyah rasa dia tidak layak untuk Haqisa. Memang banyak mimpi Aisyah akan bersama Haqisa. Bukan sahaja dia bermimpi tetapi anaknya juga .Sukar dipercayai tapi benar kata wali dalam mimpi pertamanya. Dia akan mendapat banyak lagi petunjuk mimpi dan cara lain tentang perkahwinan akan datang .

Melalui saat diduakan sangat menyiksakan. Airmata adalah teman. Pada Allah sahaja tempat bercerita. Keluarga dan teman-teman mengetahui tapi Aisyah jarang bercerita dengan mereka kecuali mereka bertanya. Keadaan Aisyah yang tenang mungkin menyebabkan mereka tidak bimbang. Seorang mukmin kegembiraannya di wajah kesedihannya di hati. Senyuman dan ketenangan wajah Aisyah menyembunyikan seribu kesedihan yang beraja di hati.

Siapapun akan sedih segala miliknya diambil tanpa izin. Kasih sayang, harta dan masa terbahagi dua. Terbahagi semua itu Aisyah masih boleh terima tetapi yang sangat merisaukan Aisyah ialah ketidakmampuan suaminya berlaku adil seperti yang ditunjukkan dalam mimpi. Setahun melayari kehidupan berpoligami mimpi itu menjadi nyata. Suaminya melebihkan dirinya. Mungkin enam belas tahun bersama keserasian mereka sangat kuat. Kadang-kadang terbit rasa simpati pada madunya tetapi Aisyah masih tidak berdaya melepaskan suaminya terutama untuk giliran bermalam.

Mimpi dilamar, bertunang dan berkahwin dengan Haqisa datang satu demi satu sepertimana mimpi bercerai dengan suami. Aisyah bermimpi suaminya menandatangani surat cerai dan menceraikannya dengan talak tiga. Hanya Allah sahaja yang tahu sukarnya menerima khabar duka dan suka. Perpisahan adalah kepahitan dan jodoh baru amat menakutkan kerana ada tugas besar perlu dipikul sesudah itu. Aisyah pernah bercerita mimpi-mimpinya pada seorang rakan yang juga banyak ilmu. Katanya peristiwa yang bakal berlaku pada Aisyah ini amat luar biasa dan sukar diterima oleh orang biasa tetapi di sisi Allah ia tidak mustahil. Aisyah dinasihati menjalani hidup seperti biasa. Menjadi isteri yang solehah sehinggalah takdir menentukan berlakunya perceraian dan perkahwinan yang baru. Nasihat itu dituruti. Aisyah berdoa pada Allah agar dia masih berpeluang berkhidmat untuk suami tercinta sehingga takdir memisahkan mereka.

Satu hari Aisyah melihat suaminya mengemas baju. ”Ke mana ayang nak pergi?” Suami memandang. Lambat bersuara. ”Sampai saatnya abang tumpukan perhatian pada Izan pula. Mereka sangat memerlukan abang. Izan tak sihat dan anak selalu keluar masuk hospital. Abang perlu jaga mereka. Aisyah dan anak-anak sihat. Abang akan selalu menjenguk Aisyah. Jangan risau”. Masa berlalu. Aisyah dan anak-anak jarang dijenguk. Setiap kali mereka bertemu, pertengkaran pasti terjadi kerana suami jarang memberi nafkah. Aisyah hanya mengingatkan tanggungjawab seperti dalam surah An Nissa ayat 34 Laki-laki itu menjadi tulang (pemimpin) bagi perempuan sebab Allah melebihkan setengah mereka dari yang lain dan kerana (laki-laki) mereka memberi belanja dari hartanya (bagi perempuan). Aisyah tahu suaminya berlepas tangan kerana gajinya mencukupi untuk menyara anak-anak.

Aisyah mengambil keputusan ke pejabat agama untuk memfailkan perceraian.
Proses perceraian berlaku dengan mudah. Suami melepaskan Aisyah tanpa banyak soal jawab. Hanya alasan tidak mahu selalu bergaduh. Putus sudah kasih sayang yang terbina selama enam belas tahun. Begitu sudah kehendak Allah. Peritnya perpisahan tapi bagi Aisyah ia lebih baik. Mungkin tindakannya memohon diceraikan tidak baik pada pandangan manusia tapi jika berdasarkan sabda Nabi ianya baik. Nabi bersabda barang siapa mempunyai dua orang isteri lalu dia cenderung kepada seorang antara keduanya maka di hari kiamat kelak dia datang dengan keadaan mereng ke sebelah. Perceraian itu akan mematikan soal ketidakadilan berpoligami. Aisyah berdoa suami tidak lupa tanggungjawab kepada anak-anak. Sejak perceraian , Aisyah banyak termenung memikirkan untung nasib membesarkan anak-anak sendirian. Pasti banyak cabaran tetapi Aisyah yakin sifat Pengasih dan Penyayang Allah akan memberi kekuatan zahir dan batin kepadanya. Aisyah banyak bersembahyang malam , berpuasa di siang hari dan harapannya hanya berpaut kepada Allah.

Bertalu-talu telefon bimbitnya berdering. Aisyah malas mengangkatnya. Aisyah tidak mahu diganggu. Jiwanya masih tidak tenteram. Kadang-kadang rasa kecewa. Cinta dan pengorbanan untuk suaminya berakhir dengan kecundang. Kebaikannya tidak dihargai. Namun siapalah dia untuk mempertikaikan qada dan qadar Allah. Allah berkuasa untuk melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya. Bersandarkan sifat Allah yang tidak zalim, Aisyah yakin perpisahan ini ada hikmahnya. Telefon masih berdering dan diakhiri dengan bunyi mesej. Aisyah ambil telefon. Tidak sampai hati menghampakan pemanggil. Mungkin panggilan anaknya.

”Penat ibu jari kanan saya menekan nombor ingin mendengar suara awak.Kenapa tak angkat?” Aisyah tersenyum. Mesej dari insan yang ditunggu sekian lama. Masih ingat lagi insan ini pada mesej lawak yang pernah diberikannya secara suka-suka. ”Menurut kajian saya, sembilan puluh sembilan peratus orang yang menyayangi saya menekan butang ’handphone’ dengan ibujari kanan”.

Telefon berdering. Nombor dan nama insan yang ditunggu. ”Saya tahu awak sekarang bersendirian” Aisyah terdiam. Haqisa tahu perpisahannya dengan suami. Aisyah tidak mampu berkata-kata. Gembira mendengar suara gurunya dan kesedihan yang masih beraja di hati bercampur aduk. ”Tak mahukah awak jadikan mimpi-mimpi indah awak bersama saya satu kenyataan. Sebentuk cincin permata telah lama saya sediakan untuk awak.Terlalu tak sabarnya saya menyarungkan cincin itu di jari manis awak. Saya akan bahagiakan awak sebagaimana yang awak alami dalam mimpi”.

Maha Suci Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Tertulis sudah satu perjalanan hidup yang tercatat dalam Al Quran surah Al Baqarah ayat 235 Tiada berdosa kamu jika kamu meminang perempuan dengan kata sindiran atau kamu sembunyikan dalam hatimu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebutnya kepada perempuan itu. Tetapi janganlah kamu janjikan kepadanya dengan rahsia (kahwin) melainkan hendaklah kemu sebut perkataan yang patut. Janganlah kamu bercita-cita hendak melangsungkan perkahwinan kecuali apabila habis edahnya. Ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa-apa yang ada dalam hatimu. Maka takutlah kamu kepadaNya dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha Pengampun lagi Penyantun.

Selama bersama, Haqisa dan Aisyah tidak pernah meluahkan perasaan mereka. Mereka sentiasa berpegang pada apa yang tertulis dalam Al Quran. Walaupun mengetahui ada jodoh antara mereka tapi lamaran hanya boleh dibuat apabila Aisyah sudah berpisah. Bertautlah dua hati yang mesra di alam mimpi. Pertemuan dua jiwa yang diatur oleh Allah sejak azali. Seperti dalam mimpi bahagialah sebuah perkahwinan dengan iringan tangisan bayi dan bakal mencipta sejarah cinta kepada Allah di alaf baru.
perpisahan ini ada hikmahnya. Telefon masih berdering dan diakhiri dengan bunyi mesej. Aisyah ambil telefon. Tidak sampai hati menghampakan pemanggil. Mungkin panggilan anaknya.
” Penat ibu jari kanan saya menekan nombor ingin mendengar suara awak.Kenapa tak angkat?” Aisyah tersenyum. Mesej dari insan yang ditunggu sekian lama. Masih ingat lagi insan ini pada mesej lawak yang pernah diberikannya secara suka-suka. ”Menurut kajian saya, sembilan puluh sembilan peratus orang yang menyayangi saya menekan butang ’handphone’ dengan ibujari kanan”.

Telefon berdering. Nombor dan nama insan yang ditunggu. ”Saya tahu awak sekarang bersendirian” Aisyah terdiam. Haqisa tahu perpisahannya dengan suami. Aisyah tidak mampu berkata-kata. Gembira mendengar suara gurunya dan kesedihan yang masih beraja di hati bercampur aduk. ”Tak mahukah awak jadikan mimpi-mimpi indah awak bersama saya satu kenyataan. Sebentuk cincin permata telah lama saya sediakan untuk awak.Terlalu tak sabarnya saya menyarungkan cincin itu di jari manis awak. Saya akan bahagiakan awak sebagaimana yang awak alami dalam mimpi”.

Maha Suci Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Tertulis sudah satu perjalanan hidup yang tercatat dalam Al Quran surah Al Baqarah ayat 235 Tiada berdosa kamu jika kamu meminang perempuan dengan kata sindiran atau kamu sembunyikan dalam hatimu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebutnya kepada perempuan itu. Tetapi janganlah kamu janjikan kepadanya dengan rahsia (kahwin) melainkan hendaklah kemu sebut perkataan yang patut. Janganlah kamu bercita-cita hendak melangsungkan perkahwinan kecuali apabila habis edahnya. Ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa-apa yang ada dalam hatimu. Maka takutlah kamu kepadaNya dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha Pengampun lagi Penyantun.
Selama bersama, Haqisa dan Aisyah tidak pernah meluahkan perasaan mereka. Mereka sentiasa berpegang pada apa yang tertulis dalam Al Quran. Walaupun mengetahui ada jodoh antara mereka tapi lamaran hanya boleh dibuat apabila Aisyah sudah berpisah. Bertautlah dua hati yang mesra di alam mimpi. Pertemuan dua jiwa yang diatur oleh Allah sejak azali. Seperti dalam mimpi bahagialah sebuah perkahwinan dengan iringan tangisan bayi dan bakal mencipta sejarah cinta kepada Allah di alaf baru.